Saturday, March 20, 2010

Kawasaki


Kawasaki ZZR 1400 adalah motosikal yang paling berkuasa di dunia malah ia lebih berkuasa daripada Suzuki Hayabusa 1300 yang memegang rekod motor produksi yang paling pantas. “Rasanya seperti menunggang sebuah roket, ianya boleh membuat ‘wheelie’ dalam kelajuan melebihi 180km/h” kata CJ Skelchy, pengurus jualan Welly Advance Bikers. Welly kini telah menjual 3 unit Kawasaki ZZR 1400 sejak pengenalan model ini dan ianya dijual pada harga RM 89,900.00 seunit. “Kami menasihati pelanggan kami untuk mengambil masa menyesuaikan diri dengan ZZR 1400 ini kerana tahap kuasa dan pengagihan berat motor ini berbeza dengan superbike lain” kata CJ lagi.
Welly Advance Bikers di bawah naungan pemiliknya Chester atau lebih dikenali sebagai Ah Chai telah berkembang daripada sebuah kedai motor biasa kepada pusat motosikal berkuasa tinggi sejak penubuhannya lebih satu dekad dulu. Para pelanggan Welly Advance Bikers berpeluang untuk memilih di antara pelbagai motosikal berkuasa tinggi sama ada baru mahupun terpakai.
Notice: Smarty error: html_image: unable to find '/hsphere/local/home/malaysia/malaysiamaya.com/photos/39/c6/67/39c66751b8717f7_med.jpeg' in /hsphere/local/home/malaysia/malaysiamaya.com/smarty/Smarty.class.php on line 1083
Kawasaki ZZR 1400 adalah motosikal yang paling berkuasa di dunia malah ia lebih berkuasa daripada Suzuki Hayabusa 1300 yang memegang rekod motor produksi yang paling pantas. “Rasanya seperti menunggang sebuah roket, ianya boleh membuat ‘wheelie’ dalam kelajuan melebihi 180km/h” kata CJ Skelchy, pengurus jualan Welly Advance Bikers. Welly kini telah menjual 3 unit Kawasaki ZZR 1400 sejak pengenalan model ini dan ianya dijual pada harga RM 89,900.00 seunit. “Kami menasihati pelanggan kami untuk mengambil masa menyesuaikan diri dengan ZZR 1400 ini kerana tahap kuasa dan pengagihan berat motor ini berbeza dengan superbike lain” kata CJ lagi.
Welly Advance Bikers di bawah naungan pemiliknya Chester atau lebih dikenali sebagai Ah Chai telah berkembang daripada sebuah kedai motor biasa kepada pusat motosikal berkuasa tinggi sejak penubuhannya lebih satu dekad dulu. Para pelanggan Welly Advance Bikers berpeluang untuk memilih di antara pelbagai motosikal berkuasa tinggi sama ada baru mahupun terpakai.
“Antara pilihan yang paling hangat kini adalah Honda CBR 1000 RR, Yamaha R1 dan model-model Kawasaki terbaru,” kata Chester. Welly Advance Bikers turut menawarkan pakej pembiayaan kewangan bagi pembeli yang layak. “Kini pembeli motosikal berkuasa tinggi boleh mendapat pembiayaan sebanyak 70% pada kadar faedah 5% setahun,” kata CJ. Welly juga mempunyai pusat servis dan modifikasi motorsikal berkuasa tinggi semuanya di lokasi yang sama. “Kami sering menganjurkan konvoi motorsikal berkuasa tinggi pada hujung minggu untuk para pelanggan kami. Semasa konvoi-konvoi tersebut kami sering berkongsi cara-cara menunggang yang selamat dan tip-tip pengendalian motorsikal berkuasa tinggi,” kata CJ

No comments:

Post a Comment